Perkara ataupun kriteria yang perlu ada di dalam setiap individu khususnya belia adalah “KEMAHIRAN”. Kemahiran adalah aset paling berharga yang dapat membuka jalan kepada belia untuk terus maju ke hadapan dan dengan asset ini jugalah mereka yang berkemahiran akan memegang tampuk pemerintahan negara ini. Oleh hal demikian, golongan belia haruslah bersikap sensitif serta menyedari tanpa ilmu dan kemahiran di dalam diri kita, kita akan diibaratkan seperti aset yang tidak bernilai atau seperti kupang tembaga. Belia haruslah melengkapkan diri mereka dengan kemahiran yang tinggi, ilmu yang mencukupi, sahsiah diri yang terpuji dan berketrampilan supaya menjadi belia yang dapat menjamin kesejahteraan negara demi meneruskan kecemerlangan dan kejayaan bangsa kita terdahulu yang bersusah-payah mengalirkan peluh dan darah mereka semata-mata ingin menjamin keamanan dan kestabilan negara serta mengukir nama di mata dunia agar Malaysia gah di mata orang asing.
Justeru itu, untuk memastikan kebanggaan dan kedaulatan Negara Malaysia berkekalan, pencarian ilmu oleh para belia adalah wajar disebabkan bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka agar mereka dapat memajukan diri dan kerjaya mereka. Pendedahan belia kepada ilmu pengetahuan yang dapat membina kemahiran mereka sudah tentu dapat melahirkan individu yang mampu memimpin, bukan sahaja diri sendiri bahkan orang lain. Pepatah Cina ada menyatakan bahawa yang menggerakkan tubuh badan bukanlah kaki tetapi sebenarnya minda dan fikiran. Oleh itu, minda kita keseluruhannya perlu dipacu dengan ilmu pengetahuan, serta wajar diasah dan diasuh agar berfikir mencipta kegemilangan.
Justeru itu, untuk memastikan kebanggaan dan kedaulatan Negara Malaysia berkekalan, pencarian ilmu oleh para belia adalah wajar disebabkan bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka agar mereka dapat memajukan diri dan kerjaya mereka. Pendedahan belia kepada ilmu pengetahuan yang dapat membina kemahiran mereka sudah tentu dapat melahirkan individu yang mampu memimpin, bukan sahaja diri sendiri bahkan orang lain. Pepatah Cina ada menyatakan bahawa yang menggerakkan tubuh badan bukanlah kaki tetapi sebenarnya minda dan fikiran. Oleh itu, minda kita keseluruhannya perlu dipacu dengan ilmu pengetahuan, serta wajar diasah dan diasuh agar berfikir mencipta kegemilangan.
Persoalannya kini sejauhmanakah penggunaan teknologi dapat memberi peluang kepada belia untuk memajukan diri dan kerjaya mereka. Kemajuan dan pengetahuan terhadap teknologi perlu di pupuk di dalam setiap individu belia di dalam Negara ini. Mereka perlu bergaul rapat dengan teknologi supaya diri mereka benar-benar faham tentang kebaikkan penggunaan teknologi. Teknologi bukannya dibangunkan untuk memenuhi tuntutan nafsu atau darah muda yang mengalir dalam diri mereka tetapi untuk membantu mereka memajukan diri mereka. Menurut Dutta-Bergman (2005) di dalam penyelidikan beliau telah menemui bahawa individu yang mempunyai pendidikan dan pendapatan yang lebih tinggi turut mempunyai capaian internet yang lebih baik. Ini menunjukkan penggunaan teknologi dengan cara yang betul benar-benar dapat membantu belia untuk terus berjaya memajukan diri dan menjamin kerjaya mereka. Keghairahan di dalam melakukan apa jua pekerjaan perlu disemai di dalam diri mereka agar dapat melahirkan individu atau sekumpulan belia yang berjaya pada masa hadapan.
Kerajaan Malaysia sedaya upaya membantu para belia untuk memanfaatkan teknologi agar dapat membantu serta memajukan diri kerjaya yang tetap. Perkara ini dapat kita lihat melalui Rancangan Malaysia Ke-9 (2006-2010) (http://www.pmo.gov.my) di dalam bab ke-14: Mengupayakan belia untuk masa hadapan. Di dalam pasal14. 13 ada menyatakan latihan kemahiran terus disediakan bagi memenuhi permintaan mendapatkan pekerja dalam sektor pembuatan dan pembinaan serta yang terlibat dalam sektor perkhidmatan seperti hospitaliti serta teknologi maklumat dan komunikasi(ICT). Ini menunjukkan betapa pentingnya teknologi dan jika para belia tidak mempunyai pengetahuan atau tidak mengambil peluang mempelajari teknologi terkini, mereka akan terus ketinggalan dan terus berangan-angan seperti mat jenin. Di dalam latihan kemahiran yang disediakan, para belia akan didedahkan dengan teknologi yang terkini supaya mereka dapat memenuhi permintaan bidang perkerjaan dalam sektor yang seratus peratus menggunakan pendekatan teknologi yang terkini.
Dasar pandang ke timur yang telah dibangunkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad yang mengambil contoh negara-negara jiran yang maju seperti Jepun dan Korea merupakan teladan terbaik yang perlu diadaptasikan ke dalam jiwa para belia supaya dapat meningkatkan atau menyedarkan sifat kreatif di dalam diri mereka dan memajukan diri dan Malaysia. Contohilah negara-negara ini di mana mereka mempelajari ilmu, teknologi, dan kemahiran Negara-negara yang telah maju seperti Amerika Syarikat dan Jerman yang sememangnya terkenal dengan kepesatan pembangunan teknologi mereka. Jika negara-negara ini telah maju dengan mempelajari teknologi terkini maka tiada alasan lagi untuk para belia negara ini mengadu tidak dapat memajukan diri mereka disebabkan kerajaan sudah menyediakan modul dan prasarana yang sesuai untuk para belia memperolehi pengetahuan di dalam teknologi. Negara-negara ini juga menggunakan teknologi ke arah yang betul dan lihatlah hasilnya negara-negara ini terkenal di seluruh dunia sebagai negara maju. Kejayaan negara-negara ini juga membuktikan teknologi membawa pelbagai faedah dan menjanjikan dunia yang lebih maju dan sempurna.
“Utopia teknologi berkembang secara progresif dari keadaan pada masa kini dan akan terus berkembang untuk memastikan keamanan dan kebahagian kepada semua” (Lyon )
Di Malaysia terdapat lebih daripada 11 juta penduduk berumur di antara 15 hingga 39 tahun yang telah dikategorikan sebagai golongan belia dan jika kesemua golongan belia ini dilengkapi dengan ilmu pengetahuan tentang teknologi sudah pasti tuntutan tenaga buruh untuk bidang kritikal dapat dipenuhi. Malaysia juga berkemungkinan tidak lagi memerlukan pertolongan atau bantuan daripada bangsa asing seperti Amerika Syarikat yang tidak memberikan teknologi mereka secara percuma tetapi perlu di ambil bersama pekerja professional yang disediakan oleh negara mereka. Mereka cuba menindas negara yang sedang membangun dan tidak akan memberikan teknologi mereka dengan mudah. Ini dapat dibuktikan “jika orang yang memunyai keupayaan material, strategi, bantuan moral, seseorang itu akan menggunakan maklumat untuk mendatangkan kepentingan terhadap diri dan masyarakat” (Cees Hamelink). Oleh itu para belia haruslah bertindak segera dan sedar dari mimpi yang lama dan bangunkan teknologi disebabkan ianya bukan sahaja menguntungkan para belia sahaja tetapi menguntungkan seluruh Malaysia yang mengharapkan para belia dapat membangunkan Negara ini.
Kehadiran teknologi bukannya perlu disekat tetapi para belia perlulah mempunyai kekebalan dan kekuatan diri dari segi dalaman yang berasaskan aqidah iman, ilmu akal, akhlak mulia, amal soleh taqwa dan istiqhamah. Firman Allah S.W.T maksudnya :
"Dan sesungguhnya Allah pasti memberi hidayah (petunjuk) kepada orang-prang yang beriman menuju jalan yang lurus." (Surah al-Haj, ayat : 54)
Kerana itu para belia haruslah bijak memanfaatkan ilmu dari perkembangan teknologi. Bukannya menggunakan teknologi untuk mencuri, menipu, menggunakan internet untuk melayari laman web porno, menyebarkan fitnah, menindas golongan yang tidak berupaya dan pelbagai lagi jenis kejahatan yang dimurkai oleh Allah dengan menggunakan teknologi. Sedarlah wahai belia, penggunaan teknologi tidak harus di salah guna dan jika terdapat rakan-rakan anda yang menggunakan teknologi ke jalan yang salah tegurlah dia disebabkan mungkin mereka masih tidak tahu mengambil peluang terhadap pembangunan teknologi yang sebenar-benarnya. Ingatlah sabda Rasullah S.A.W yang bermaksud :
"Orang yang memberi petunjuk kepada kebaikan sama pahalanya seperti orang yang malakukannya." (H.R. Bukhari)
Teknologi tidak merosakkan manusia dan belia, malah manfaat yang diterima daripada pembangunan teknologi cukup banyak dari segi penyebaran maklumat, pembangunan masyarakat dan negara, perhubungan di antara individu yang lain dan sebagainya jika digunakan dengan betul ianya akan membantu kita memajukan diri dan dapat membina kerjaya yang kukuh. Islam juga mengharuskan kemajuan teknologi untuk kebaikkan masyarakat, di atas paksi tauhid dan ibadah kepada Allah S.W.T.
0 comments:
Post a Comment