CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, February 26, 2009

BELIA TERLALU OBSES TERHADAP TEKNOLOGI

Perkembangan teknologi maklumat yang paling berpengaruh ialah internet yang merangkaikan seluruh dunia, telah mewujudkan satu ruang yang tiada sempadannya. Ruang ini dikenali sebagai Dunia siber atau Ruang Siber (Cyberworld or Cyberspace). Ia bermula apabila Rangkaian Komputer Malaysia (Rangkom) dengan kemudahan talian antarabangsa telah ditubuhkan. Kemudian, kegiatan projek Rangkom telah diserapkan ke dalam Jaring di bawah syarikat MIMOS Berhad. Projek Koridor Raya Multimedia (MSC) adalah antara usaha kerajaan yang bersifat antarabangsa untuk menggunakan teknologi maklumat dengan maksimum.

Tahap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) masih kurang memberangsangkan dengan kadar celik IT di kalangan masyarakat masih rendah. Sehubungan itu, Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik, meminta pengusaha ICT melipatgandakan usaha mereka bagi memastikan kemudahan seperti internet dan jalur lebar diperluaskan sehingga ke kawasan pedalaman.

Peratusan penggunaan ICT hanya pada kadar 0.4% dan kini ia sudah meningkat kepada 4%, peningkatan sebanyak 10%. Rakyat di negara ini perlu mengubah cara hidup bagi menjadi masyarakat berteknologi, dengan menggunakan kemudahan ICT dalam setiap urusan mereka. Pelan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) memberi tumpuan khusus terhadap perkembangan ICT agar Malaysia menjadi pusat perkembangan ICT sedunia.Kesan daripada perkembangan dan pembangunan teknologi maklumat telah dinikmati oleh hampir semua bidang termasuk perindustrian, pendidikan, pertanian, kewangan dan perundangan. Kebaikan-kebaikan yang dibawa oleh Internet memang banyak membantu perkembangan industri.


Kebaikan teknologi terhadap belia


  • Menggunakan teknologi seperti internet untuk menjadi Usahawan Internet dan Motivator Online.
  • Adik beradik KRU, Norman, Yusry dan Edry yang kini kurang aktif dengan aktiviti nyanyian, namun disebabkan minat yang amat mendalam terhadap aktiviti seni telah membuatkan mereka menubuhkan syarikat perniagaan dengan modal permulaan RM2,000 yang mengkhususkan perkhidmatan muzik, pengiklanan, pengurusan acara, syarikat rakaman dan perfileman yang kebanyakannya menggunakan teknologi dalam menghasilkan hasil seni mereka. Norman seorang yang berpandangan jauh, mempunyai visi dan misi tersendiri, Yusry pula seorang yang kreatif dan suka mencipta sesuatu yang lain daripada yang lain manakala Edry pula pakar dalam hal-hal teknikal.
  • Google Guys iaitu Larry Page dan Sergey Brin sangat obses dengan teknologi dan amat berminat untuk memberi maklumat percuma sebanyak yang mungkin kepada masyarakat dunia. Google pada mulanya bukan untuk tujuan bisnes, tapi untuk membantu kita mencari maklumat dengan lebih baik di Internet.
  • Belia digambarkan sebagai golongan yang rapuh ketahanan fizikalnya dan mental mereka mudah tertarik dengan “hidangan” berbentuk siber ini sehinggakan wujud dalam hati dan minda mereka bahawa “kecanggihan” ini adalah suatu “hidangan utama” yang menjadi kemestian di dalam kehidupan seharian mereka.

Kajian yang dilakukan oleh Joshua Benjamin dan Ferraro mengenai Internet dan kesannya terhadap remaja, selain berfungsi sebagai ”bank ilmu” Internet juga berupaya menarik pengunjungnya ke dalam situasi di mana mereka tidak lagi mengendahkan keadaan dunia sekeliling. Kita dapat melihat situasi di mana seorang remaja yang dahulunya memiliki kehidupan sosial yang baik ”ditarik” menjadi seorang remaja yang paranoid dan obses terhadap Internet sehinggakan mereka tidak sabar-sabar untuk menghabiskan jadual persekolahan mereka semata-mata untuk memenuhi ´temu janji di alam maya´ mereka dengan komputer di rumah. Kebiasaannya pula, akibat daripada ´keasyikan´ melayari dunia maya, pengisian masa dengan berkualiti diabaikan oleh remaja. Remaja akan melayari Internet tanpa menyedari masa mereka terbuang ke arah suatu perkara yang tidak berfaedah kerana lazimnya remaja melayari Internet bukannya atas tujuan ilmiah! Jolokan ´bank of knowledge´ sememangnya bertepatan dengan ´kecanggihan´ Internet. Segala macam ´ilmu pengetahuan´ tidak kira baik mahupun sebaliknya mampu ´diajar´ dengan hanya memerlukan satu sentuhan jari. ´Klik´ sahaja tetikus akan terus ´dibawa´ ke dalam dunia tanpa had sempadan.


Kelemahan teknologi terhadap belia


  • Dunia dilihat seakan tidak mempunyai sebarang penghadang bagi membatasi pergerakan dan perlakuannya. Kehidupan semakin canggih dan kelihatan hebat, namun hakikatnya, ramai lagi yang mengalami ‘kekosongan’ jiwa dari segi sifat-sifat dan adab kesantunan yang sepatutnya sejajar dengan ´kecanggihan dan kehebatan´ tersebut.
  • Majalah Times pada 3 Julai 1995 mendedahkan bahawa 83.5% peratus imej atau gambar yang didapati dalam dunia siber ialah pornografi. Dengan munculnya televisyen satelit dan Internet, anak-anak muda akan terdedah kepada nilai-nilai hidup yang kurang sihat.
  • Internet membawa nilai-nilai hidup luaran yang tidak diingini di negara ini. Nilai-nilai pengaulan seks yang bebas, sikap-sikap metalistik dan lain-lain nilai yang negatif yang sebelumnya disebarkan oleh media lama, kini digantikan pula dengan media yang juah lebih pantas dan murah.
  • Remaja mudah terpengaruh terhadap perkara baru dan “trendy” misalnya mewarnakan rambut, memakai anting-anting atau tatu bahkan sampai kepada hal-hal yang sangat serius iaitu pengambilan minuman keras, narkotik dan pergaulan bebas.
  • Zaman ini golongan wanita Melayu Islam gemar memakai skirt pendek, seluar pendek atau memadankan tubuh dengan bikini dan bertanding dalam peraduan ratu cantik di khayalak ramai hasil daripada kemajuan teknologi dalam berfesyen.


Kesimpulannya, Prof. Madya Dr, Rahmah Hashim pernah berkata, "Pertimbangan yang bijaksana adalah perlu untuk menerima teknologi media komunikasi baru untuk tujuan murni masyarakat sejagat, sesuai dengan nilai, norma dan jatidiri, masyarakat setempat.

(Pornografi Dalam Internet, Dewan Masyarakat, November 1995) Nasihat ini penting untuk pengguna yang menggunakan Internet supaya jelas etikanya sebagai seorang pengguna yang rasional.

0 comments: