CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, February 9, 2009

Kepekaan Belia Masa Kini Terhadap Perkembangan Teknologi

Kepekaan belia yang merupakan generasi harapan bangsa dan negara terhadap perkembangan teknologi adalah berterusan untuk masa kini dan akan datang. Mereka adalah pewaris kepimpinan dan tunjang pembangunan dalam merealisasikan matlamat negara dalam apa jua aspek-aspek penting yang boleh menyumbangkan kepada bangsa dan tanah air.

Para belia mengetengahkan bakat dan kreativiti mereka terbuka luas. Tambahan lagi dengan wujudnya alat telekomunikasi yang semakin canggih, belia seharusnya merebut peluang untuk memahirkan diri mereka dalam bidang teknologi info-komunikasi ( ICT ).

Dengan berkembangnya teknologi, semua belia dan bakal pemimpin perlu peka terhadap perkembangan teknologi dan pentadbiran negara untuk meningkatkan prestasi serta keberkesanan dalam pembangunan ekonomi dan teknologi demi kestabilan negara dan seterusnya dapat memajukan negara.

Apabila menyebut tentang belia dan teknologi masa kini sudah pasti teknologi utama tumpuan belia masa kini adalah telefon bimbit yang merapatkan jurang digital. Statistik menunjukkan sebanyak 9.5 bilion sistem pesanan ringkas (SMS) dengan purata RM 5 bilion dihantar oleh pengguna telefon bimbit pada 2004. RM 3.4 bilion pula direkodkan sehingga suku pertama tahun 2005. Belia merupakan kategori aktif dengan saiz pasaran global berjumlah RM105 bilion pada tahun 2005. Menjelang tahun 2008, inovasi SMS dan khidmat pesanan multimedia (MMS) dijangka menyumbang sebanyak 60 peratus kepada perolehan syarikat telekomunikasi (Telco) di dunia manakala yang terkini adalah sistem telekomunikasi generasi ketiga (3G).

Telefon bimbit dengan ciri teknologi termaju mampu mewujudkan gelombang besar dalam merapatkan jurang digital yang mana ia boleh menjadi pelengkap kepada komputer peribadi (PC). Telefon pintar yang beroperasi seperti komputer turut menyediakan aplikasi seperti e-mel, perisian teknologi terkini selain memainkan muzik serta mengendalikan aplikasi multimedia lain yang dilihat sebagai platform terbaik. Telefon bimbit kini boleh dianggap sebagai PC bergerak yang mengubah cara manusia berkomunikasi, gaya hidup dan bekerja, sekali gus memudahkan penyaluran maklumat tanpa terikat di PC.

Kepekaan belia masa kini terhadap perkembangan teknologi bagi belia luar bandar pula adalah perkhidmatan internet di pusat terpilih seperti perpustakaan dan siber kafe boleh dimanfaatkan sepenuhnya bagi mendapatkan pelbagai maklumat baru berhubung perkembangan semasa yang berlaku dalam negara. Masyarakat orang asli juga terdedah dengan perkembangan positif teknologi internet.

Jika perkembangan teknologi berkembang dengan pesat, generasi muda ini berpeluang mengambil bahagian dan diberi perhatian sewajarnya maka mereka sebagai belia tentunya berasa teknologi itu penting dan lebih yakin untuk memberi tumpuan yang lebih aktif dalam hal-hal berkaitan pertumbuhan teknologi dalam negara serta kepentingan bersama.

0 comments: