CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, February 27, 2009

SEJAUHMANA TEKNOLOGI MASA KINI MEMBERI IMPAK KEPADA BELIA TERHADAP KEHIDUPAN MEREKA

Alat komunikasi merupakan satu aset yang penting dalam kehidupan manusia pada zaman kini. Pembangunan sains dan teknologi membolehkan negara maju sepenuhnya di mana semua warganegara hidup dalam keadaan aman, selesa, bersih dan moden yang merupakan wawasan hidup masyarakat abad ke-21. Hasil penerokaan dalam teknologi moden telah memberi kemudahan terhadap manusia untuk berhubung dan menyebarkan maklumat dengan pantas dan mudah ke seluruh dunia. Sistem media masa di pelopori oleh kuasa Barat di dalam penyiaran maklumat terkini. Pengaruh media Barat yang luas telah menimbulkan kesan-kesan yang positif dan negatif terhadap pelbagai golongan masyarakat dunia yang terdiri daripada pelbagai bangsa, budaya dan agama.


Punca-punca utama yang mendatangkan gejala sosial adalah globalisasi dan modenisasi. Perubahan-perubahan pantas tahap nasional berlaku kerana perubahan pada arus global yang digelar globalisasi. Globalisasi bukan saja didominasi oleh ekonomi tetapi juga merentasi ke arah budaya dan pemikiran. Pembudayaan kota (city culture) menurut landasan Barat berlaku dengan lebih pantas dan agresif dengan adanya teknologi maklumat dan multimedia sebagai medan yang amat berkesan untuk melakukan agenda globalisasi.

  • Media Barat banyak memainkan peranan di dalam memberikan pengaruh terhadap masyarakat dunia tanpa batasan sama ada sosial, budaya, bangsa dan agama dalam menyalurkan nilai-nilai Barat terhadap masyarakat dunia terutamanya golongan remaja dengan unsur-unsur perilaku negatif.
  • Sifat ingin tahu manusia turut menyumbang kepada pengaruh dan mengikut arah aliran Barat, terutama sekali golongan belia. Contohnya seperti mewarnakan rambut, memakai anting-anting atau tatu dan masalah gejala sosial yang lebih serius.
  • Belia menjadi semakin individualistik dan materialistik. Gaya hidup moden juga menjadikan sebilangan masyarakat mengabaikan sikap kekeluargaan, kejiranan dan bermasyarakat. Contoh tradisi yang semakin pupus yang boleh dilihat ialah dalam urusan kenduri-kendara. Mayarakat kini lebih menggunakan katering, manakala peralatan sama ada disewa atau dibeli. Kebanyakan masyarakat ketika ini juga bersikap 'materialistik' untuk mengejar kemewahan dan kesenangan hidup.
  • Media Massa - Media massa merupakan sumber maklumat yg cukup berkesan dalam penyebaran berbagai informasi. Melaluinya, golongan belia mudah terdedah kepada banyak maklumat, namun tidak semua maklumat- maklumat itu sesuai untuk semua peringkat umur. Ini menjadi masalah kerana lazimnya golongan belia mudah meniru dan menuruti hal yang dilihat di sekeliling mereka seperti paparan adegan-adegan negatif dari filem barat.
  • Internet - Melalui internet, masyarakat akan lebih mudah terpengaruh dengan maklumat-maklumat yang terdapat dalam internet yang boleh menjurus ke arah pemikiran negatif.
  • Institusi Kekeluargaan Yang Goyah - Dengan bertambahnya komitmen ibu bapa terhadap kerjaya mereka, masa yang diluangkan untuk keluarga sangat terhad. Ini akan membuat anak-anak kurang mendapat kasih sayang dan tidak mustahil mereka akan mencari alternatif lain untuk mengisi kekurangan kasih sayang.
  • Cara Berpakaian - Pakaian golongan muda kini cukup memalukan dan bertentangan dengan cara berpakaian adat Timur. Ini sekali gus bertentangan dengan cara pemakaian yang digariskan Islam.


Namun begitu, kemajuan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi juga turut menyumbang kepada pelbagai kebaikan dan memberi kesan yang positif seperti :

  • Menjadikan teknologi maklumat sebagai medium dan saluran untuk mendaulatkan Bahasa Malaysia ke peringkat antarabangsa.
  • Menyedarkan dan menggerakkan belia ke arah memanfaatkan teknologi maklumat yang kian berkembang maju.
  • Memperlengkapkan belia-belia yang bakal menjadi pemimpin dengan input-input yang berkaitan dengan teknologi maklumat dan kesan terhadap bahasa kebangsaan dan budaya nasional.
  • Mendekatkan dunia dengan banyak cara perdagangan yang luas, liberalisasi pasaran, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pergerakan merentas sempadan yang semakin bebas dan rangkaian media global yang merebak.
  • Interaksi antara negara dan masyarakat juga semakin kerap dan melebar berbanding dahulu.
  • Teknologi Informasi dan Komunikasi (ICT) berperanan penting bagi kemajuan sesebuah bangsa dan negara.

Oleh itu, Islam amat menggalakkan umatnya untuk menolak sebarang bentuk teori atau pandangan yang berbentuk andaian atau agakan yang tidak tepat, tidak logik dan bertentangan dengan kefahaman umum. Firman Allah s.w.t.:


Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini-sebab kejahilan kamu mengenainya-sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang telah dilakukan.” (Surah al-Hujarat, 49: 6)

0 comments: