Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi ( ICT ) telah mewujudkan satu masyarakat yang berteknologi di mana ia berinteraksi dan berkomunikasi di dalam persekitaran siber. Aspirasi kerajaan mewujudkan masyarakat berpengetahuan dalam teknologi di dalam kehidupan mereka. Masyarakat sebeginilah yang dapat memiliki kerakyatan ‘minda kelas pertama’ seperti yang diwar – warkan oleh kerajaan
Menurut Rheingold (2000), kewujudan komuniti maya adalah ekoran dari tindakbalas keinginan komuniti yang telah mengikut kehancuran komuniti tradisional seluruh dunia. Berdasarkan pembangunan ICT dan kemudahan ICT yang telah disediakan, membolehkan pengguna untuk berkomunikasi melalui siber dan membentuk kumpulan komuniti masing-masing. Putnam (2000) seterusnya mencadangkan satu bentuk komunikasi baru yang akan menggantikan bentuk komunikasi lama kerana individu yang mempunyai bilangan masa yang singkat. e-Komuniti merupakan kumpulan pengguna yang berkongsi minat yang sama dan berhubung menerusi internet dan melihat diri mereka sebagai kumpulan yang tetap (Rheingold, 2000).
Dutta-Bergman (2005) di dalam penyelidikan beliau telah menemui bahawa individu yang mempunyai pendidikan dan pendapatan yang lebih tinggi turut mempunyai capaian internet yang lebih baik
Antara inisiatif paling menyerlah khususnya semasa kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sejak mengambilalih jawatan Perdana Menteri pada tahun 2004 ialah fokus kepada pembangunan modal insan dalam konteks yang lebih holistik. Dimulai dengan pelbagai gagasan dan istilah berasaskan modal insan seperti minda kelas pertama dan pengantarabangsaan pengajian tinggi, berbanding mereka yang mempunyai pendidikan dan pendapatan yang lebih rendah. Beliau turut menghujahkan bahawa capaian internet merupakan alatan berkuasa di dalam menghasilkan komuniti yang positif. Capaian ke internet memberi kuasa kepada pengguna dengan menghubungkan mereka kepada maklumat dan juga membantu mereka berhubung dengan komuniti dan masyarakat. Jadi, dengan peningkatan bilangan pengguna yang menyertai portal e-Komuniti membawa satu persoalan kepada ahli e-komuniti sedia ada dalam rangka pemupukan minda kelas pertama.
Belia adalah harapan Negara merupakan frasa yang sudah berulangkali ´dilaungkan´ sejak berkurun lamanya. Realitinya adalah benar bahawa golongan belia merupakan aset negara yang bernilai kerana mereka adalah pewaris yang akan meneruskan kesinambungan pembangunan negara. Golongan belia yang cemerlang di dalam akademik, kemahiran, sahsiah, dan jati diri adalah perlu untuk menyumbang secara positif kepada kecemerlangan dan mengukuhkan ekonomi dan sosial di masa hadapan negara.
Golongan belia yang berteknologi merupakan pemangkin kepada perubahan sosial dan ekonomi pada masa kini. Masyarakat belia berteknologi
Oleh itu, kepada pelajar-pelajar yang bergelar mahasiswa dan mahasiswi serta masyarakat berteknologi tinggi, kita harus membentuk diri dengan minda kelas pertama kerana kita mempunyai infrastruktur kelas pertama yang lengkap. Jika pelajar sendiri tidak membentuk diri dengan minda kelas pertama, siapa lagi yang akan meneruskan impian untuk membawa Malaysia mencapai matlamat negara maju kerana untuk mencapai tahap negara maju kita harus mengubah fikiran dan persepsi kita untuk menjadi golongan yang mempunyai minda kelas pertama dan berteknologi dari pelbagai aspek.
0 comments:
Post a Comment