BELIA adalah aset penting kepada bangsa dan negara, bak kata pepatah Melayu “Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara”. Dalam apa keadaan sekalipun, nadi pembangunan negara terletak di bahu golongan belia yang progresif. Belia merupakan penggerak dan pendukung kepada semua dasar dan matlamat kerajaan di dalam pembangunan negara di mana mereka dilihat sebagai pelopor, akrab dan berpotensi dalam menghasilkan generasi berilmu.
Apa yang boleh didefinisikan dengan belia? Menurut Kamus Dewan (2000:1121) menjelaskan, remaja bermaksud mulai dewasa, sudah akil baligh dan sudah cukup umur berkahwin. Secara amnya, golongan remaja berumur antara 11 hingga 19 tahun. Terdapat beberapa istilah yang sering dikaitkan dengan remaja, antaranya ialah awal belia, anak muda dan orang muda. Menurut Azizan Bahari (1995), definisi belia adalah lingkungan umur antara 15 hingga 40 tahun itu adalah luas. Barangkali yang sesuai adalah antara 13 hingga 30 tahun. Ia adalah satu lingkungan umur yang sesuai dipanggil belia, walaupun masih terdapat beberapa hal yang berbeza daripada aspek tahap bersekolah, mencari kerja, memulakan kerjaya, berkenalan, mencari pasangan hidup, berumahtangga dan sebagainya. Biasanya, individu yang berusia lebih daripada 30 tahun sudah berkeluarga. Manakala mereka yang berusia lebih daripada 35 tahun, meletakkan kerjaya di samping masa depan keluarga sebagai fokus hidup.
Apa itu teknologi? Teknologi mempunyai lebih daripada satu definisi. Salah satu daripadanya ialah aktiviti atau kajian yang menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis dalam industri, pertanian, perubatan, perniagaan dan sebagainya. Teknologi wujud sebelum sains dan kejuruteraan. Ia merangkumi pengetahuan manusia mengenai masalah-masalah sebenar dalam rekabentuk alatan, mesin ataupun proses untuk membantu penyelesaian masalah-masalah manusia. (Kamus Dewan, 2005:1630)
Teknologi internet yang dicetuskan melalui IT dan komputer merupakan teknologi yang paling cepat berkembang selepas teknologi komputer dan komunikasi. Perkembangannya tidak dapat disekat dan berterusan mempengaruhi segenap bidang kehidupan manusia. Ianya merangkumi bidang kehidupan daripada perkara asas seperti perbualan dan percakapan sehinggalah kepada unsur-unsur agama, dakwah serta propaganda. Internet juga akan membentuk sebuah masyarakat merdeka yang sangat memahami akan gelombang maklumat di masa depan.
Dalam aspek IT dan Internet, teknologi di sini dilihat sebagai alat untuk mengumpul, menyimpan, memproses, menyebar, dan mengguna maklumat. Aspek aplikasi IT bersifat dinamik dan merentas budaya. Harus diingat bahawa sistem nilai IT bermula dan datangnya dari barat. Walaupun kita membenarkan dasar terbuka, rakyat Malaysia khususnya masyarakat Islam terutamanya golongan belia tidak harus terperangkap dengan arus pemikiran barat. Dari sini, acuan pemikiran yang mempunyai nilai-nilai ketimuran sebuah masyarakat dapat dibentuk menjelang tahun 2020.
Belia adalah pemangkin kepada teknologi di mana belia bukan sahaja suatu golongan yang besar tetapi merupakan sumber tenaga yang penting bagi negara. Sebagai tunggak negara, golongan ini mestilah dibangunkan dan digembelingkan sebagai rakan pembangunan. Tidak dapat dinafikan bahawa sumber tenaga yang berkualiti adalah amat penting walaupun liberalisasi ekonomi dan dasar penswastaan telah dikatakan sebagai penggerak kepada pertumbuhan ekonomi yang dicapai sekarang.
Perkembangan dalam teknologi penyiaran dan telekomunikasi terus mendedahkan belia pada maklumat terkini, menyogokkan nilai dan
Oleh itu, belia memainkan peranan dalam pembangunan negara dan merealisasikan Wawasan 2020 disamping menangani cabaran dan tuntutan era globalisasi dan liberalisasi. Belia adalah masyarakat yang bermaklumat dan merupakan masyarakat global yang mesti mempunyai jati diri yang mantap. Potensi mereka sama ada dari segi semangat, tekad, semangat juang, fikiran, sikap dan daya cipta mesti dibangunkan dan dimanfaatkan.
(12 Januari 2009)
1 comments:
testing2.. 1, 2, 3... roger n out.. hehehe.. peace no war!!
Post a Comment