CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, January 25, 2009

Minda Kelas Pertama dan Teknologi Seiring Dengan Usaha Kerajaan Dalam Melaksanakan RMK-9


Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi ( ICT ) telah mewujudkan satu masyarakat yang berteknologi di mana ia berinteraksi dan berkomunikasi di dalam persekitaran siber. Aspirasi kerajaan mewujudkan masyarakat berpengetahuan dalam teknologi di dalam kehidupan mereka. Masyarakat sebeginilah yang dapat memiliki kerakyatan ‘minda kelas pertama’ seperti yang diwar – warkan oleh kerajaan Malaysia sebagai usaha melaksanakan Perancangan Malaysia ke-9.


Kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah untuk memastikan teknologi ini dapat memainkan peranan yang penting di dalam masyarakat yang berteknologi tinggi dari segi ekonomi dan sosial. Pelaburan yang banyak telah dilakukan bagi mewujudkan infrastruktur yang bertaraf seantero dunia seperti peningkatan teknologi di Malaysia seiring dengan kesediaan ICT negara. Menurut Mohammad Khir Toyo (2006), beliau telah mencadangkan keperluan asas untuk mendapatkan minda kelas pertama’ bagi melahirkan masyarakat berbudaya pemikiran yang kritikal, konstruktif dan kreatif di kalangan rakyat Malaysia dari segi pelbagai aspek dan prospek.

Menurut Rheingold (2000), kewujudan komuniti maya adalah ekoran dari tindakbalas keinginan komuniti yang telah mengikut kehancuran komuniti tradisional seluruh dunia. Berdasarkan pembangunan ICT dan kemudahan ICT yang telah disediakan, membolehkan pengguna untuk berkomunikasi melalui siber dan membentuk kumpulan komuniti masing-masing. Putnam (2000) seterusnya mencadangkan satu bentuk komunikasi baru yang akan menggantikan bentuk komunikasi lama kerana individu yang mempunyai bilangan masa yang singkat. e-Komuniti merupakan kumpulan pengguna yang berkongsi minat yang sama dan berhubung menerusi internet dan melihat diri mereka sebagai kumpulan yang tetap (Rheingold, 2000).

Dutta-Bergman (2005) di dalam penyelidikan beliau telah menemui bahawa individu yang mempunyai pendidikan dan pendapatan yang lebih tinggi turut mempunyai capaian internet yang lebih baik

Antara inisiatif paling menyerlah khususnya semasa kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sejak mengambilalih jawatan Perdana Menteri pada tahun 2004 ialah fokus kepada pembangunan modal insan dalam konteks yang lebih holistik. Dimulai dengan pelbagai gagasan dan istilah berasaskan modal insan seperti minda kelas pertama dan pengantarabangsaan pengajian tinggi, berbanding mereka yang mempunyai pendidikan dan pendapatan yang lebih rendah. Beliau turut menghujahkan bahawa capaian internet merupakan alatan berkuasa di dalam menghasilkan komuniti yang positif. Capaian ke internet memberi kuasa kepada pengguna dengan menghubungkan mereka kepada maklumat dan juga membantu mereka berhubung dengan komuniti dan masyarakat. Jadi, dengan peningkatan bilangan pengguna yang menyertai portal e-Komuniti membawa satu persoalan kepada ahli e-komuniti sedia ada dalam rangka pemupukan minda kelas pertama.


Belia adalah harapan Negara merupakan frasa yang sudah berulangkali ´dilaungkan´ sejak berkurun lamanya. Realitinya adalah benar bahawa golongan belia merupakan aset negara yang bernilai kerana mereka adalah pewaris yang akan meneruskan kesinambungan pembangunan negara. Golongan belia yang cemerlang di dalam akademik, kemahiran, sahsiah, dan jati diri adalah perlu untuk menyumbang secara positif kepada kecemerlangan dan mengukuhkan ekonomi dan sosial di masa hadapan negara.

Golongan belia yang berteknologi merupakan pemangkin kepada perubahan sosial dan ekonomi pada masa kini. Masyarakat belia berteknologi Malaysia yang semakin terbuka menerima pandangan melalui pelbagai corak pemikiran adalah hasil daripada proses - proses pendidikan yang dilalui. Justeru itu, tidak menghairankan pada masa sekarang, belia banyak dikaitkan dengan isu-isu sosial, politik serta ekonomi utama negara yang memerlukan ketangkasan dan kepantasan pihak kerajaan untuk mencari jalan keluarnya.


Menjelang tahun 2009 ini, kita sebagai elemen penting masyarakat berteknologi, membangunkan modal insan berazam penuh bagi merealisasikan Rancangan Malaysia ke-9.Dengan membekalkan pelbagai teras utama yang dijadikan sebagai garis panduan dan sekali lagi kita membayangkan betapa penting dengan implikasi modal insan ini akan menjadikan sebuah tamadun yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

‘Minda Kelas Pertama’ difahami mempunyai ciri-ciri modal insan yang mampu memenuhi keperluan pembangunan individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia. Ciri-ciri tersebut merangkumi aspek penguasaan ilmu yang tinggi, sikap proaktif, kekayaan moraliti dan budaya disumbangkan untuk memenuhi kepentingan bersama serta pembangunan yang bersifat holistik. Inilah yang boleh dilabelkan sebagai agenda pembangunan yang bertamadun dengan berteraskan imej yang tersendiri.

‘Minda Kelas Pertama’ adalah agenda jangka panjang yang memerlukan segenap usaha serta komitmen yang tinggi daripada setiap peringkat masyarakat yang berteknologi. Setiap etnik, kelas sosial, komuniti dan institusi perlu mengambil bahagian dalam merealisasikan misi dan visi ini. Ia perlu dimulakan dengan azam yang kuat bagi memulakan era pembudayaan agenda ini.

Oleh itu, kepada pelajar-pelajar yang bergelar mahasiswa dan mahasiswi serta masyarakat berteknologi tinggi, kita harus membentuk diri dengan minda kelas pertama kerana kita mempunyai infrastruktur kelas pertama yang lengkap. Jika pelajar sendiri tidak membentuk diri dengan minda kelas pertama, siapa lagi yang akan meneruskan impian untuk membawa Malaysia mencapai matlamat negara maju kerana untuk mencapai tahap negara maju kita harus mengubah fikiran dan persepsi kita untuk menjadi golongan yang mempunyai minda kelas pertama dan berteknologi dari pelbagai aspek.